Saturday, 7 April 2012

AL-FATIHAH

assalamualaikum , korang :'|
ain taktahu nak bermula macam mane . perasaan ain sangat sebak . ain telah kehilangan seorang kawan sekelas , bukan ain seorang jeh tapi semua orang yang mengenali arwah . di sini ain tak perlu nak mention nama arwah , mungkin ada yang dah pasti siapa beliau . ain dapat berita tentang kematian dia dalam pukul 6 lebih . dapat call dari ekin , pada mulanya memang tak percaya . lepas jeh dapat call tuh ain just duduk diam kemudian termenung . sedih tuh memang sedih tapi air mata ain takdapat nak mengalir sebab still tak percaya . ain hanya dapat imbas kali terakhir ain jumpa dia dalam kelas . ya allah , sukar nak percaya . lepas tuh banyak panggilan dan sms masuk tanpa henti , menanyakan berita tentang kematian arwah . semuanya berlaku dengan pantas . ain cepat-cepat siap pergi masjid untuk melihat sendiri jenazah arwah untuk kali terakhir . 
malam tuh dekat masjid ramai sangat datang untuk lihat arwah . kawan-kawan sekolah lama , cikgu sekolah rendah , budak-budak sekolah dan cikgu-cikgu kami pun ramai yang hadir . pada pukul 10 lebih baru van jenazah sampai , walaupun lambat kami tetap sabar menunggu . bila tengok van tuh masuk di kawasan masjid , hati lagi makin berdebar . waktu tuh , berharap sangat itu bukan jenazah arwah tapi itulah kenyataan . yang pergi tetap akan pergi . ain dan kawan-kawan dapat melihat secara depan-depan muka arwah . wajahnya nampak tenang . tapi waktu tuh ain hanya tergamam jeh . tetap takpercaya . :'(
bangun pagi , terus terbayang muka arwah . pagi tuh betul-betul tak bermaya . dalam fikiran ain hanya fikirkan " betul ke dia dah meninggal ? " dan " ya allah , dia dah tak ada " itulah selalu bermain dalam fikiran ain .
melangkah jeh kaki di kawasan sekolah , ain terdengar bacaan yasin . air mata dah mula mengalir . "ain , dia betul-betul dah tak ada , ya allah " semakin lama ain mula sedar yang semalam tuh bukan mimpi . ain dah mula redha dengan semua yang telah berlaku . banyak hikmah kepergian arwah . itulah takdir allah . kita yang hidup kena teruskan hidup . waktu tuh ain baru lepaskan tangisan ain yang selama nih ain tahan . dugaan yang besar apabila nak melangkah ke kelas . tengok tempat duduk arwah , makin ain tak dapat nak tahan air mata . cikgu yang masuk pun sedih tengok keadaan kitaorang . mata ain dah mula panas , muka pun dah sembab sangat . sakit sangat kepala waktu tuh . tapi lagi sakit bila nak hadapi kenyataan nih .
hari kedua kepergian arwah , ain dah terima kenyataan dan redha dengan semuanya . tapi keadaan kelas masih sama . sunyi macam takada orang dalam kelas . sesi pembelajaran tetap diteruskan seperti biasa . kami sekelas tetap akan kuat untuk menghadapinya . :')

" YA ALLAH , KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSA ARWAH , KAU TEMPATKANLAH DIA DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN SERTA KUATKAN KAMI UNTUK MENERIMA UJIAN MU INI , AMIN "

Followers